Monday, March 19, 2012

MIORERS FUTSAL CLUB


MIORERS FUTSAL CLUB ditubuhkan pada bulan Julai 2010, tapi kenapa nama MIORERS? aku bukan nak jual nama aku pun, cuma tak nak letak nama yang mengarut je.. lagipun tujuan aku nak support budak2 yang masuk team ni.. tujuan aku wujudkan team ni bukan sebab nak mantapkan team semata-mata, aku nak bagi mereka keseronokan dan keukhwahan.. aku tak nafikan budak2 miorers ni ada bakat besar walaupon mereka ada yang bersekolah boleh bersaing dengan orang dewasa daripadanya.. sebelum aku belajar di KPM, setiap jumaat malam aku akan ajak diorang main futsal.. warna tema team ni adalah hijau dan hitam, sebab hijau melambangkan keberanian dan hitam kegarangan, hmmm, btul ke, ntah la, aku main hentam je.. team ni dah buat 3 generasi jersi, kesemua warna hijau, yang paling aku puas hati dengan jersi adalah jersi generasi ke-3 iaitu jersi baru (bawah ni)


BELAJAR DI KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA



kenapa aku belajar di KPM? mesti ramai yang tertanya-tanya, sesiapa yang membaca ni sahaja yang tahu..  aku belajar kat situ sebab mak aku yang suruh, tujuan dia nak aku belajar pelbagai jenis produk, bukan sebab tu je, ade sebab lain, ayah aku ada share dengan pakcik aku sebelum ni, lepas tu ayah aku bergaduh dengan pakcik aku sebab orang lain yang menghasutnya.. ayah aku telah membelanjakan RM500 ribu untuk syarikat pakcik aku tu, pakcik aku pulak nak buang ayah aku dari syarikat tu, ayah aku mintak balik la RM500 ribu, sampai sekarang pakcik aku x bayar balik, sekarang ni ayah aku tgh tak ada duit.. tu sebab aku belajar kat KPM bersama dengan adik aku..

PEKERJAAN

selepas sekolah (2006), ayah aku cakap jangan ikut kawan, maksudnya jangan bekerja, jadi aku ikut jela, ada satu masa tu, ayah suruh ikut dia pergi satu tempat ni, dia tak cakap pun suruh aku kerja atau tak, dia cakap suruh buat je maksudnya belajar la tu, jadi aku buat lah cara aku tak bekerja, pada dasarnya aku kerja kat situ tapi dia tak nak bagitau, tak tau la sebab ape.. tahun Januari 2007 pulak, ayah aku hantar aku hantar satut tempat ni, suruh belajar buat grafik, keadaan sama jugak, suruh aku belajar, tak suruh keje, pastu aku tgk jela org tu buat grafik, bila dah lama2 bos tempat keje tu panggil aku, dia suruh aku buat ape yang patut, pastu dia bagi gaji, time tu lah dengan secara rasminya aku bekerja, bahagian photostat contohnya photostat apa yang org nak contohnya buku, kertas dan lain2, bekerja sambil belajar grafik la tu, aku kerja situ tak lama, sampai Disember 2007 sebab ada masalah sikit.. aku menganggur 6 bulan , bulan Jun 2008 aku mula berniaga sendiri, aku berniaga burger kat kantin sekolah SMK Alam Megah (2), mula2 memang kekok, dah lama2 dah biasa, setiap hari sekolah aku kena sediakan 200 bungkus burger dengan dibantu seorang pekerja, bermula masak pukul 9 pagi sehingga pukul 10 pagi semasa budak2 sekolah rehat, memang syok meniaga burger ni, aku tak nak mencari keuntungan semata-mata, aku nak bagi customer puas walaupun seorang budak sekolah, sampai bulan Jun 2009 aku berhenti sekejap, tahun 2010 aku sambung berniaga balik di sekolah yang sama sampai lah aku berhenti berniaga kat sekolah tu Jun 2010 sebab ayah aku suruh kerja dengan pakcik aku pasarkan tepung  gandum unbleached.. aku kerja kat situ sebagai pemandu lori atau delivery, sambil belajar sesuatu yang baru iaitu marketing, bidang marketing memang tak sesuai dengan aku sebab ia memerlukan pembohongan walaupon produk tu bagus, syarikat tu tak maju2 sampai sekarang sebab pakcik aku lebih dengar cakap orang lain daripada adik-beradik dia sendiri, aku kerja kat situ memang malang, berbulan-bulan aku tak dapat gaji, aku tak tau masa bile aku berhenti kerja kat situ dalam pertengahan 2011 rasanya..

CITA-CITA DAN HOBI

cita-cita aku semasa sekolah rendah ialah menjadi seorang doktor, biasa la, semasa budak2 tak tau apa2.. semasa sekolah menengah pulak jadi lain, aku minat grafik pulak.. dah habis sekolah jadi lain pulak, aku nak jadi seorang pelumba F1.. hahaha, rasa macam lawak kan, tapi itu lah hakikatnya, aku minat sangat dengan perlumbaan terutama perlumbaan kereta, kalau boleh aku tak nak terlepas menonton perlumbaan F1 setiap tahun.. sekarang ni aku bertekad untuk menjadi usahawan yang berjaya, insyaAllah.. hobi aku pulak suka online atau main internet kata orang, edit gambar kt laptop, suka menonton bola sepak dan F1 dan suka bermain bola sepak dan futsal..

KEHIDUPAN

aku sebenarnya seorang yang pemalu, tak banyak bercakap, dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah  memang pemalu, bila dah kenal lain pulak citer, aku jadi peramah.. kalau semua orang aku segan, apatah lagi nak dekat dengan perempuan.. aku ni tak terpengaruh dengan member2 aku yang lain, aku dengan pendirian aku sahaja..

KENAPA MIORKRISTAR?


adalah gabungan daripada nama 'Mior' dan nama motor modenas 'Kristar'.. aku guna nickname ni sebab motor kristar adalah kenderaan pertama aku dari 4 April 2005 sehingga lah sekarang.. aku sayang dengan motor tu, kalau aku dh beli motor lain sekalipun, aku tidak akan jual motor tu..

Monday, March 12, 2012

2009 - 2012

2009 tahun aku mendaftar blog ni, tahun 2012 aku nak cuba berjinak-jinak menggunakan blog, pada dasarnya aku pening menggunakan blog ni.. haha..